Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru.

Sepanjang aku bersekolah, dah banyak sekolah aku pergi. Sebab ? HAHHAHAHA sebab aku selalu pindah randah. Kesian akuu tauuu. Tapi dapat timba pengalaman, ramai kawan memang best. Nak gaul dengan orang pun tak ada masalah.

First sekolah of course lah sekolah Tadika, Tadika Kemas Kampung Seri Jaya Perak. Aku mmg malas nak pergi tadika, so hari hari aku akan nangis. HAHA, Mak aku mmg dah paham dah kalau nangis mesti alasan taknak pergi tadika lettew. Tapi aku pergi jugak, sebab ada kembar yang rapat dengan aku. Ecehh kecik kecik dah gatal. Muehehehe :P

1999-2001 SK Toh Indera Wangsa Ahmad Batu Gajah Perak. Darjah 1-3
Nothing best pun, well first year sekolah macam budak budak lagi, tak tahu ape, tapi yg penting aku rajin masa darjah 1, masuk darjah 2 aku dah malas. Dalam seminggu 2hari je pergi sekolah. Hihi Ayah kata kalau taknak pergi sekolah takpe. So aku duduk goyang kaki dekat Kedai ayah dgn Mak. Dulu mak dgn ayah meniaga. Darjah 1 masuk kelas no3. start dari darjah 2 sampai 3 masuk kelas no 1. Dulu je pandai masa kecik kecik. Now dah besar hampehh. Darjah 3 masa bulan 2 macam tu dah pindah dari Perak ke Negeri Sembilan.

 
2001-2004 Sk Dato Shah Bandar Abu Bakar Labu Hilir, N.Sembilan. Darjah3-6
Sekolah sini start dari darjah 3 sampai habis sekolah rendah darjah 6. Sekolah ni best. Start dari masuk sampai habis sekolah dapat kelas no 1. Kikiki Kawan ramai, masuk sekolah baru first first tak ada kawan, lepas beberapa bulan dah buat geng sendiri. Wahh kecik lagi masa tu dah ada geng sendiri. Sampai lah darjah 6. Alhamdulillah kawan kawan sekolah rendah semuanya dah berjaya, ada yang ambik Degree sekarang. Semua hebat hebat.  Cikgu yang paling aku ingat sampai sekarang ialah Cikgu apetah nama dia. Dah lupa. Tapi dialah cikgu yang buat aku minat sangat subject Matematik sampai sekarang. Sampai masa hari guru aku cakap nk jadi anak angkat dia. Wahhh maluu gilaa. HAHA. Dia ajar masa darjah 3. Start dari situ aku minat gila subject Matematik. Miss Kwan adalah cikgu Matematik dari darjah 5-6. Dia ajar aku dua tahun. Garang nak mati, tapi dia pun buat aku minat gila Matematik. Sangat ! Masa darjah 6 tuition Matematik dgn dia setiap hari Sabtu, well kan nak UPSR time tu, so dia mmg rajin buat kelas tambahan untuk murid2 dia. Ada satu hari aku termelawan cakap dia. Sampai nangis2 aku pujuk dia suruh ajar balik kelas aku. Eeee taknak ingat dah. hahha :P Miss Kwan cikgu paling garang dkt sekolah tu. Semua kenal dia. Plus dia ajar Abang aku jugak masa darjah6. Dan abg aku pernah melawan cakap dia jugak. Ekekeke

2005-2006 SMK Dato Shahardin Labu Negeri Sembilan Form 1-2
Start masuk sekolah Menengah. Wahh kira dah besar habis dah masa ni. KAN ?! Lepas je orentasi aku dapat masuk kelas first lagiii. Tapi kelas first dekat sekolah ni adalah kena belajar Bahasa Arab. Dan waktu pembelajaran adalah dr pagi sampai pukul 4 setiap hari. Wahh gila kau, belajar Arab pakai tudung labuh semua. Tapi aku paling sempoi tak bwk buku pergi sekolah. Beg paling ringan gila. Sebab aku paling tak minat. Plus dlm kelas tu rasa mcm tak ada geng. Semua baik baik. Aku mmg takklahh. Wuekk.

Masa form 1, dapat bertahan sampai bulan 6 je, lepas tu aku pindah sekolah masuk asrama sebulan. Lepastu asyik nangis jeee sebab tak biase, Ayah keluarkan aku sekolah asrama masuk balik sekolah ni DAN AKU BELAJAR BAHASA ARAB BALIK T___T. Ustazah dekat sekolah ni semua target aku boleh bawak subject Bahasa Arab ni, sebab Akak aku pun sekolah dekat sini dan pecah rekod sekolah sebab dpt 9A dalam SPM. Abg aku 6A. Tapi aku harammmm. T____T.

Cikgu yang aku ingat smapai sekarang Cikgu Maliga. Ajar English masa form 1. Dia suka puji aku punya Essay. Tapi dia garang semua takut dgn dia. Dia jugak ajar Abg aku. Dan suka dgn Abg aku punya English. Ustazah Bahiyah yang ajar kitaorang adik beradik Bahasa Arab. Cikgu Azura yang ajar BM masa aku form 1. Lepastu form 2 rapat gila dgn cikgu sampai aktiviti luar sekolah dia ajak aku join. Sampai lantik aku jadi Pengerusi Pandu Puteri sesi 1.
Sampai form 2 je aku sekolah sini, Februari aku pindah sekolah Sepang.

June 2005- Julai 2005 SMK Tunku Ampuan Najihah Seremban. Form 1.
Ohh inilah sekolah yang sebulan je aku duduk tuu. Hikhik. Sekolah ni best sebab hostel, tapi maybe masa tu macam budak budak lagi tak biasa duduk hostel berenggang dgn family lagi KOT. :P
Dan budak budak yang sekolah dekat sini, ada je aku jumpa yg satu kampus dgn aku sekarang. Satu course dgn aku pun ada jugak. Cikgu cikgu aku tak ingat sangat. Dah lupaa. LOL satu bulan mmg tak ingat sape sape dahh.


Feb 2006- Februari 2008 SMK Seri Sepang Form 2-4
Yeayy ni sekolah paling best. Tapi bila sekolah sini aku kena biasakan diri sebab form 1-2 sesi petang. Mula mula tak biase, sebab dah selalu sekolah pagi. Then lama lama dah biasa seronok pulak. Sempat setahun jelah sesi petang, dan the rest sesi pagi. Kelas first lagi. Form 2 start rapat dgn Waney, Ain, Wawa semua. Tu lah bff sampai sekarang. Form 3 adalah tahun persekolahan yang paling best, Aku tak tahu aku dah ulang berapa juta kali ayat ni, tapi mmg form 3 paling best. Eh see aku dah ulang balik. Hihi Masa form 2 best jugak sebab semua dalam satu kelas, dan kelas kelas lain pun semua jadi geng. Masuk je Form 3 semua dah berpecah. Ada yang turun kelas, ada yang naik kelas. Tapi still bersama lagi. Still geng of courseeeee !

Form 3 aku minat subject Matematik, okayy boleh dikatakan aku mmg minat Matematik. Tak kiralah sape yang ajar, asalkan cikgu tu best, mudah paham aku mmg suka. Automatik jadi fav aku. Aku lupalah nama cikgu ajar Matematik Form 3 tu. Dia ajar best, garang pun garang paham pun paham. Aku, Waney, Ain berlumba lumba kalau belajar Matematik. Semua taknak kalah. HAHA persaingan sihat betul. Masa form 3 jugak cikgu yg ajar aku Matematik tu pilih aku dgn Waney jadi pengawas untuk next yearnya. Masa practical tu jelah kitaorang jadi.Naik form 4 kitaorg taknak. HAHA kesian cikgu tuuu. Cikgu BM tu tak kurang best. Cikgu Rozaidah ajar BM. Mmg sporting habis cikgu ni. Antara salah seorang cikgu yang kitaorang rapat, Cikgu Rozaidah, Cikgu Rohani ajar Sains form 3. Raya form 3 siap beraya rumah Cikgu Rohani dia masak Kuzi tu lah first time aku makan Kuzi and untill now dah tak pernah rasa dah. Tak tahu mana nak cari dah masakan tuuu. Dan tak lupa Teacher Zuraidah ajar English. Aku suka diajar English. Dan dia sporting gila dgn Aku and Ain.


Februari 2008- July 2008 SMK Seri Iskandar Perak. Form 4
Ni sekolah yang 4 bulan je aku sekolah. Hihi Sebab aku pindah duduk kampung dengan Opah aku. So sekolah dekat sini kejap. Sekolah ni urm urm urm tak best kot. Bagi aku lah sebab aku berapa bulan je kan. Bagi budak budak yang dah lama sekolah sini, pendapat dorang lain lah. Seriously aku sekolah sini, aku hanya niat pergi sekolah nak belajar je. Tak ada kawan ke ada kawan lain cerita. Plus aku mmg tak berapa rapat dgn yg lain. Kawan kawan jelah, tapi nak share something mmg tak ada lah. Sebab dorang ada geng dorang sendiri, nak masuk dlm geng tu is so impossible.HAHAHA.

Tapi dkt sekolah ni aku mmg aktif sebab Cikgu BM Cikgu Nora bagi aku peluang masuk forum peringkat Daerah. Dia pilih aku sebab dia kata aku ada bakat. Ke sebab aku banyak cakap ? Lepastu guru kelas aku Miss Anitha pilih aku masuk Debate Bahasa Inggeris. Dia siap ugut aku lagi suruh aku pilih nak masuk masa, sebab pertandingan Forum dgn Debate tu hari yg sama tempat yg sama. Dia kata kalau aku masuk Forum tak akan menang. Tapi disebabkan Cikgu Nora dah pilih aku dulu, aku masuk Forum. Start dari situ Cikgu BI tu tak berapa suka aku. Hahahaha. KESAH ?! Tapi dia bagi aku markah oral BI full marks. Akhirnyaaa Debate tak menang, Forum pun tak menang. Puas hati masing masing. Sebelum pindah cikgu Nora pesan suruh belajar elok elok sbb dia tahu aku boleh. Waah sayang betul aku dgn Cikgu Nora.  Tak lupa jugak cikgu Matematik dia selalu suruh aku ke depan jawab soalan. Eeee aku dah laa tak suka tulis dkt white board. Kalau ada subject matematik mesti aku yg kena. MESTI !

July 2008 - 2009 SMK Sultan Abdul Aziz Shah Form 4-5.

Senior Year :D
Yeayyy ni sekolah yang terakhir. Masuk masa form 4 bulan 7. Dapat kelas first. Tapi masa akhir tahun aku tak perform sangat sebab dah selalu pindah sekolah, so banyak subject aku tertinggal. Akhirnyaa masa form 5 aku turun kelas yg kedua. Belajar pure sains sangatlah best sebenarnyaaa. Aku suka belajar Bio, tapi bukan Kimia dan Fizik. Matematik aku paling suka. Well dah kata Fav kan. Masa form 5 pernah dpt markah ujian 100. Lepastu exam exam yang lain steady je A. Pernah turun sampai 55 sbb keluar tajuk yg aku tak suka. Mmg kena marah dgn cikgu kaw kaw. Then lps tu aku naik balik. Boleh dikatakan buku latihan aku banyak buku Math. Tp Add Math aku lemah. Last year of school pun best. Dan dekat sekolah ni aku dpt anugerah kecemerlangan untuk Subject BM. Sebab form 4 aku highest. Dapat Anugerah masa form 5. Gila ahh first dpt anugerah masa darjah 1, last masa Form 5. Permulaan dan penutup. Alhamdulillah dapat jugak Anugerah dari tak ada langsung.  :D
Kepada Puan Anita, Puan Rosmi, Puan Haslinda, Puan Rohana, Puan Sufiah dan semua cikgu cikgu terima kasih untuk ilmu yg dah dicurahkan sepanjang tahun SPM. Akhirnya dapat jugak keputusan yang baik.

Alhamdulillah 7 buah sekolah dalam masa 11 tahun belajar. Banyak mmg banyak tapi bestt. Setiap sekolah yang aku pergi ada fav teacher yang aku suka dan aku hargai semua perngorbanan mereka. Alhamdulillah aku ingat semua cikgu cikgu aku sampai sekarang even ada yg dah lupa nama. Hihi

Tanpa mereka aku tak akan berjaya macam sekarang. Alhamdulillah. Mintak mintak anak ank aku nanti tak banyak sekolah macam aku ni. Hikhikk.

SELAMAT HARI GURU ! JASAMU DIKENANG :D



Jaga adab anda jika mahu memberi comment. Sekian Terima Kasih (!) :)

Wordless Wednesday #8





Jaga adab anda jika mahu memberi comment. Sekian Terima Kasih (!) :)